Positif self-talk atau percakapan dalaman yang positif adalah proses berkomunikasi dengan diri sendiri secara konstruktif dan memberi dorongan. Ia bukan sekadar berkata “Aku boleh buat,” tetapi lebih kepada mencipta naratif dalaman yang membina, meningkatkan keyakinan, dan membantu mengurus tekanan. Saya teringat bengkel positif self- talk ini suatu ketika dahulu katanya komunikasi seseorang individu dengan orang lain dan persekitarannya lebih kurang 80%. Tinggal lagi 20% yang kita guna untuk komunikasi dengan diri sendiri. Kalau fikir balik, 80% ada timbal balas positif dan negatifnya tu dengan 20% hampir tidak terlawan kita. Tetapi 20% yang kecil itu, jika dimanfaatkan dengan benar, dia akan jadi sangat berkuasa kepada seseorang individu itu.
Kenapa Positif Self-Talk Penting?
1. Meningkatkan Keyakinan Diri
Dengan mengubah cara kita bercakap dengan diri sendiri, kita dapat mengatasi rasa rendah diri dan membina keyakinan.
Contoh: “Aku mungkin belum sempurna, tapi aku sedang belajar dan berkembang.”
2. Mengurus Tekanan dan Kebimbangan
Positif self-talk membantu menenangkan diri ketika menghadapi situasi mencabar, mengurangkan overthinking dan tekanan.
Contoh: “Aku tak boleh kawal semuanya, tapi aku boleh kawal reaksiku.”
3. Memperbaiki Persepsi Diri
Dengan bercakap secara positif, kita akan melihat diri kita dalam sudut pandang yang lebih baik dan realistik.
4. Meningkatkan Motivasi
Ucapan dalaman yang positif membantu kita fokus pada usaha dan hasil yang baik walaupun ada kegagalan.
Contoh: “Kegagalan ini adalah peluang untuk aku belajar sesuatu yang baru.”
Contoh Teknik Positif Self-Talk
1. Gantikan Kata Negatif dengan Kata Positif
Daripada berkata: “Aku memang tak pandai buat benda ni.”
Ubah kepada: “Aku boleh belajar benda ni walaupun ambil masa.”
2. Beri Sokongan kepada Diri Sendiri
Bercakap dengan diri seperti bercakap kepada kawan baik.
Contoh: “Aku dah buat yang terbaik, dan aku patut bangga dengan usaha aku.”
3. Fokus pada Penyelesaian
Apabila berhadapan dengan masalah, fokuskan percakapan dalaman kepada solusi, bukan masalah itu.
Contoh: “Macam mana aku boleh selesaikan ni? Aku yakin ada jalan.”
4. Gunakan Ayat Penegasan (Affirmations)
Contoh affirmations:
“Aku kuat dan mampu melalui ini.”
“Setiap hari aku semakin baik.”
“Aku berhak untuk bahagia dan berjaya.”
5. Reframe Pemikiran Negatif
Apabila ada fikiran negatif, tanyakan kepada diri:
“Betulkah apa yang aku fikir ni?”
“Apa bukti yang menyokong atau menyangkal pemikiran ini?”
Cabaran Positif Self-Talk
1. Sukar Mengatasi Pemikiran Negatif yang Mendalam
Pemikiran negatif yang bertahun-tahun boleh menjadi tabiat. Ia perlukan usaha berterusan untuk diubah.
2. Perasaan ‘Fake’ atau Tidak Ikhlas
Pada awalnya, positif self-talk mungkin terasa janggal atau tidak jujur. Namun, dengan amalan, ia akan menjadi semula jadi.
Tips Mempraktikkan Positif Self-Talk
1. Mulakan Hari dengan Kata-Kata Positif
Sebelum memulakan hari, sebutkan sesuatu yang baik tentang diri sendiri atau apa yang anda syukuri.
2. Tuliskan Pemikiran Positif
Jurnal refleksi boleh membantu memperkukuh pemikiran positif dan melihat perkembangan diri.
3. Gunakan Positif Self-Talk Semasa Krisis
Dalam saat-saat mencabar, tenangkan diri dengan bercakap: “Aku mampu harungi ini, aku hanya perlu bertenang.”
4. Kelilingi Diri dengan Sokongan Positif
Persekitaran yang menyokong menjadikan positif self-talk lebih mudah diamalkan.
Kesimpulan
Positif self-talk adalah kunci untuk membina kekuatan mental dan emosi. Ia mungkin kelihatan mudah, tetapi impaknya besar apabila dilakukan secara konsisten. Dengan latihan dan kesabaran, kita dapat mencipta minda yang lebih tenang, yakin, dan bahagia. Bak kata pepatah, “Apa yang kita fikirkan, itulah yang kita jadi.” Kata-kata sangat memainkan peranan penting kepada pertumbuhan diri secara psikologikalnya. Jika sering berfikir negatif, kita akan jadi buruk sangka kepada segala hal yang berlaku dalam kehidupan kita. Jika sering berfikiran positif, kita akan jadi sangka baik dan memandang hikmahnya serta akan bergerak maju ke hadapan. In shaa Allah.
*nantikan perkongsian berikutnya pengalaman saya sendiri dengan positive self- talk ini dalam penulisan akan datang.