Ahad, 28 Mac 2021

Masa Lapang Selepas SPM Nak Buat Apa?




Selepas SPM, murid Lepasan selalunya berkelapangan. Bagi sesetengah pelajar  mereka akan mula merancang aktiviti yang akan dibuat. Manakala bagi sesetengah org pula, mereka tidak merancang apa-apa pun dah berharap untuk relaks sahaja dalam seberapa lama masa yang ada. Terutama sekali sementara keputusan SPM keluar. Mungkin itulah honeymoon bagi mereka sebelum melaksanakan tanggungjawab yang seterusnya. Namun begitu, para pelajar juga boleh mempertimbangkan beberapa perkara berikut sebagai pengisian. 


        Antaranya termasuklah mengambil kursus jangka pendek seperti belajar komputer, belajar kursus asas Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft PowerPoint, Microsoft Publisher serta kursus-kursus untuk membuat editing seperti Photoshop dan sebagainya. Kursus ini boleh menjadi nilai tambah kepada pelajar yang akan menyambung pelajaran di kolej-kolej dan juga Universiti. Selepas ini para pelajar juga tidak akan terkial-kial apabila menyambung pelajaran ke IPTA kerana sudahpun memiliki beberapa kemahiran yang sangat diperlukan oleh seorang mahasiswa iaitu kemahiran asas komputer seperti yang dinyatakan di atas. Selain itu pelajar juga boleh mengikuti kursus kursus jangka pendek yang dianjurkan mana-mana pusat pengajian tempatan atau Pusat Komuniti seperti kursus jahitan pakaian, kursus memasak, kursus menggunting rambut, kursus membaiki motosikal serta mendaftar kelas memandu bagi mendapatkan lesen memandu. 


        Mempunyai lesen memandu juga adalah satu perkara yang sangat penting kepada seorang pelajar berdasarkan pengalaman kaunselor sendiri. Jika tidak mempunyai kemahiran membawa kenderaan seperti motosikal, kereta atau setidak-tidaknya pandai mengayuh basikal akan menyukarkan kehidupan anda sebagai seorang pelajar semasa berada di kampus kolej atau universiti. Kemahiran memandu sangat diperlukan apabila untuk mahasiswa perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Hal ini kerana, kampus pengajian selalunya sangat besar dan sangat memenatkan untuk bergerak secara berjalan kaki. Malahan apabila pelajar tinggal di rumah sewa dan jauh pula daripada tempat pengajian, ia akan menambah kesukaran pelajar untuk bergerak. Kenderaan juga diperlukan apabila pelajar terpaksa membuat kerja-kerja lapangan yang diberikan oleh para pensyarah. Sungguhpun begitu, pelajar juga boleh mempertimbangkan untuk menggunakan kenderaan awam, namun, penggunaan kenderaan awam adalah terhad. Begitu juga dengan bas yang disediakan oleh pihak universiti. Bas di universiti hanya melalui beberapa lokasi atau kawasan tertentu berbanding dengan tuntutan tugasan yang diberikan oleh pensyarah yang memerlukan pelajar bergerak lebih jauh. Justeru saya sangat menggalakkan pelajar untuk mendaftar masuk ke kelas memandu dan belajar memandu.


       Seterusnya saya juga mencadangkan supaya para pelajar mengisi masa yang ada dengan mencari pekerjaan yang sesuai dengan kemampuan pelajar. Mengapa saya menggalakkan pelajar bekerja adalah kerana bekerja boleh memberikan pengalaman yang sangat banyak kepada pelajar. Para pelajar secara tidak langsung akan bersosial dengan ramai orang, belajar berkomunikasi, belajar mengurus emosi semasa bekerja dan juga menjadikan pelajar sebagai tenaga kerja yang kurang mahir namun mempunyai pengalaman. Pengalaman tersebut boleh di adaptasikan kepada pembelajaran murid semasa di IPT nanti. Apabila murid bekerja, murid juga akan dapat mengumpul sedikit wang untuk menampung pendaftaran ataupun pembelajaran semasa di pusat pengajian nanti kerana apabila pelajar mendaftar masuk ke pusat pengajian mereka tidak akan terus sahaja memperoleh pinjaman ataupun biasiswa yang dipohon. Permohonan untuk mendapatkan pinjaman ataupun biasiswa selalunya mengambil masa. Justeru murid boleh bersedia dengan mengumpul sedikit wang supaya dapat berbelanja untuk makan dan minum terutamanya semasa disemester satu. Lebih-lebih lagi apabila pelajar mempunyai latar belakang keluarga yang tidak mempunyai kewangan yang cukup atau bermasalah dari sudut kewangan. Oleh itu saya sangat mencadangkan pelajar supaya mencuba untuk bekerja dan mengumpulkan wang sendiri untuk menampung kos  pendaftaran pengajian nanti, menampung kos sara hidup semester satu, membeli peralatan seperti laptop dan juga printer atau membeli peralatan sebagai persediaan untuk masuk ke pusat pengajian. 


       Namun begitu, jika murid berasal daripada kalangan keluarga yang berada dan berhasrat tidak mahu untuk bekerja, saya juga menyarankan supaya untuk memperbanyakkan membaca buku ataupun membaca bahan-bahan ilmiah secara online. Masa yang ada usahlah dibazirkan tanpa ada perkara yang bermanfaat dilakukan. Apabila kita banyak membaca, pengetahuan kita juga akan bertambah dan pembacaan akan membantu pemikiran kita untuk sentiasa aktif. Sesungguhnya membaca itu jabatan ilmu. 0rang yang membaca akan bertambah cerdas fikirannya dan mempunyai pengetahuan yang luas. 


        Oleh kerana pelajar tidak lagi terikat dengan persekolahan atau komitmen tertentu, pelajar juga boleh mencari masa ataupun cuba untuk belajar ilmu agama seperti memantapkan ilmu fardu Ain atau belajar Al-Quran khususnya untuk memantapkan penguasaan tajwid. Bukan apa, cikgu bimbang jika sekiranya pelajar sudah menyambung pengajian nanti atau sudah mula bekerja pelajar sudah tidak kisah lagi untuk belajar mengenai ilmu agama ataupun Al-Quran. Jadi, ambillah masa yang ada ini untuk menambahkan ilmu. 


      Seterusnya, cikgu juga menggalakkan para pelajar untuk turut sama aktif di rumah dan membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah serta meringankan tugas-tugas mereka yang selama ini mereka buat untuk pelajar. Jika selama ini anda sangat sibuk dengan belajar di sekolah dan fokus pada SPM, maka sekarang adalah masa untuk anda meluangkan masa bersama dengan keluarga anda membantu membuat kerja-kerja rumah yang ringan di samping menyihatkan tubuh badan anda. Selain itu, ia turut mengelakkan anda daripada terikat dengan penggunaan gajet atau permainan video semata-mata. Ingatlah para pelajar sekalian, janganlah menjadikan ibu bapa anda sebagai orang gaji untuk anda. Sebaik sahaja bangun tidur, anda terus sahaja bangkit untuk makan apa yang dihidangkan, pakai apa yang telah dibasuh dan disusun oleh ibu anda di rumah dan menghulurkan tangan untuk minta duit. Pada saya itu semua adalah sangat tidak wajar kerana ibu bapa kita sebahagian besarnya juga turut bekerja mencari rezeki atau nafkah, manakala ibu kita pula terpaksa menyambung tugasan di rumah untuk menguruskan rumahtangga. Jadi kasihanilah mereka, usah dibebankan ibu bapa dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Jadilah anak yang menyejukkan hati ibu bapa. menjadi anak soleh itu tidak semestinya berjaya masuk ke universiti atau kolej namun mempunyai adab sebagai seorang anak yang baik serta prihatin dengan kedua ibu bapa juga menunjukkan anda anak yang baik den soleh. Boleh jadi anda adalah anak soleh kepada kedua ibu bapa anda dengan akhlak dan sahsiah anda. 


       Pilihan yang tidak cikgu galakkan pelajar untuk buat adalah mengganggur dan tidak melakukan apa-apa. Menganggur tidak akan mendatangkan hasil yang bermanfaat kepada anda. Anda akan banyak membuang masa, dan boleh jadi anda akan kehilangan semangat untuk meneruskan pengajian suatu masa nanti kerana terlalu banyak masa yang anda telah buang dan terlalu lapang di dalam hidup anda. Saya juga bimbang jika sekiranya anda akan menjadi semakin malas, tidak mahu berusaha serta tidak mahu mengurusi hidup anda sendiri. Daripada menganggur, lebih baiklah anda mendirikan perkahwinan dengan pasangan yang baik juga dan pikullah tanggungjawab untuk meneruskan hidup anda tanpa perlu menyusahkan kedua ibu bapa anda atau ahli keluarga anda😁


Justeru, anak-anak sekalian, pada pesanan cikgu itu ambillah yang mana perlu, yang sesuai dengan kehidupan kamu dan keperluan kamu. Manfaatkanlah masa yang diberi oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada kita supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi. Sebagai seorang muslim, kita percaya hidup di dunia ini adalah tempat untuk kita berusaha sebaik mungkin sama ada untuk menuntut ilmu mencari rezeki ataupun untuk beramal ibadat dan kita semua akan berehat apabila tiba di syurga nanti in shaa Allah.


Sesungguhnya apa yang baik itu datangnya daripada Allah Taala dan yang lemah itu datangnya dari kekurangan diri saya sendiri.


Pesanan dari seorang kaunselor


Sekian terima kasih.


#whatsnext 

#nakbuatapaSementaratungguresultSPM

Isnin, 1 Mac 2021

KALAU HENDAK BERJAYA...



JIKA!
KAMU MEMIKIRKAN UNTUK BERJAYA ATAU MENJADI ORANG YANG BERJAYA DALAM HIDUP, MAKANYA JANGANLAH KAMU BERMIMPI BERSENANG LENANG KAMU AKAN BERJAYA! KEJAYAAN HADIR BERSAMA USAHA, KEPAYAHAN, KEPERITAN, BERANI MENCUBA, TIDAK MALU, BERANI AMBIL RISIKO,MELAWAN HAWA NAFSU UNTUK BERSERONOK. IANYA TIDAK PERCUMA. 

 


Isnin, 22 Februari 2021

HIDUP INI SENTIASA PERJUANGAN...

HASIL KARYA DI ATAS MERUPAKAN NUKILAN CIKGU UNTUK PARA MURID. RENUNG-RENUNGKAN BERSAMA KE MANA HALATUJU ANAK-ANAK SPM INI YA. JIKA MALAS BERUSAHA UNTUK SPM, 

NAH FIKIRKAN! 

APA YANG KAMU INGIN LAKUKAN UNTUK HIDUPMU YANG SEMENTARA CUMA INI? 

ADA BACK-UP DI MANA-MANA KAH? 

SUDAH ADA BISNES BESARKAH? SUDAH MENCAPAI CITA-CITA KAH?

TIDAK BUKAN?

JUSTERU, KAMU HARUS FOKUS PADA SEDIKIT KEPAYAHAN UNTUK MENGENGGAM SEKEPING SIJIL SPM BUAT BEKALAN HIDUP DI DUNIA INI. 

MANALAH TAHU...DENGAN SPM INI, KAMU BISA BERJAYA DALAM HIDUP INI DALAM PELBAGAI BIDANG ATAU LAPANGAN YANG KAMU CEBURI. 

APA PUN, PADA CIKGU, BUATLAH SESUATU DEMI ILAHI. HIDUP KERANA ILHAI, CINTA ILAHI, MENUNTUT ILMU UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT DEMI ILAHI. JIKA SEMUA SUDAH KERANA ILAHI...MAKANYA, CULAS APA KAMU???
 

DEMI MASA! SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN!



ALLAH PENCIPTA YANG AGUNG! ALLAH PENCIPTA MASA! ALLAH MENCIPTA MASA UNTUK KITA TIDAK MENGULANG KEMBALI. ALLAH MAHU KITA HARGAI MASA. ALLAH MAHU KITA MANFAATKAN MASA YANG DIBERI.

DALAM SEHARI, KITA DIANUGERAHKAN 24 JAM. 1 JAM BERSAMA DENGAN 60 MINIT. 1 MINIT BERSAMAAN DENGAN 60 SAAT. SEANDAINYA SETIAP DETIK DIHABISKAN DENGAN HAL-HAL YANG TIDAK BERFAEDAH, HARUS BAGAIMANAKAH KITA BERHADAPAN DENGAN SANG PENCIPTA YANG AGUNG? 

MASA TAK DAPAT DIUNDURKAN KEMBALI. MASA TAK DAPAT DIBERI WALAU SESAAT TELAH BERLALU. BEGITU JUGA DENGAN KEMATIAN YANG MENGHAMPIRI KITA SEMUA. ALLAHU... 

MESKIPUN PEPATAH MENYATAKAN MASA ITU EMAS, NAMUN EMAS JUGA TIDAK MAMPU UNTUK MEMBELI MASA YANG TELAH BERLAKU. JADI, YANG BERLAKU, LEPASKAN LAH, PERBAIKILAH APA YANG KURANG DI MASA LALU DAN MAAFKANLAH ANDAI TERLUKA. NAMUN, MASA YANG MENDATANG YANG BELUM DIKETAHUI, BIARLAH ALLAH YANG MENENTUKANNYA. KITA? HARGAI MASA KINI YANG SEDANG KITA HADAPI SAAT INI, BERUSAHA SEBAIK MUNGKIN MEMPERBAIKI DIRI, AMALAN, BEKERJA, BERIBADAT DAN SEBAGAINYA. PASTIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI HARI SEMALAM. 


DARI : CIKGU AL TERSAYANG BUAT SEMUA MURID TERCINTA. 

 

Ahad, 21 Februari 2021

ANTARA COUPLE DAN PELAJARAN

 


Sedang sibuk menelaah pelajaran, tiba-tiba hati teringat si dia. Baru sahaja hendak membaca, sudah mula terbayang-bayang wajah si dia. Sudahnya bila masa pula apa yang dibuat, dituis, dikarang atau dibaca dapat dihayati. Murid tidak akan fokus kepada pelajaran, jika hati sudah mula terpaut pada si dia yang belum halal dimiliki. itu belum lagi diambil kira jika sehari tidak berjumpa atau tidak nampak bayang wajah kekasih hati. Hati mula gundah gelana dan tidak dapat fokus dalam pelajaran. Sementelahan pula,  jika murid yang bercouple tiba-tiba sahaja nampak kelibat si dia itu sedang mesra dengan orang lain. Apakah perasaan murid itu? Agak-agak boleh fokus lagi ke pada apa yang akan disampaikan oleh guru atau fokus pada study? 

#syarat murid untuk 'mendapat' apa yang dipelajari adalah dengan memberikan sepenuh tumpuan atau perhatian kepada apa yang dipelajari. 
#couple itu haram. Jangan minta dalil daripada penulis kerana penulis ada ilmu yang sedikit sahaja. Sila buat rujukan kepada yang pakar.
#couple boleh merosakkan ketaqwaan kepada Allah dengan membuat hati kita semakin lalai dari mengingati Allah.
#belum tentu jodoh dengan pasangan semasa sekolah. Silap haribulan penat menjaga jodoh orang lain. Penat meluangkan masa,menghabiskan wang ringgit dengan seseorang yang ditakdirkan bukan milik kita.
#jika hendak berjodoh beria sekali pun, fokus dahulu pada pelajaran, dan minta izin menikah daripada ibu bapa selepas tamat pelajaran. 
 


Khamis, 18 Februari 2021

DOA AGAR DILAPANGKAN DADA DAN DIMUDAHKAN URUSAN MENJELANG SPM

 


HAAA.....NERVOUS KE TU???? JIKA BEGITU,MOLEKLAH BACA DOA YANG DIAMBIL DARIPADA AL-QURAN NI. CIKGU TUMPANG POST DOA YANG DAH DIBUAT LAWA2 NI, CIKGU EDIT SIKIT, TOUCH UP SIKIT LAGI TAMBAH LAWA UNTUK MURID-MURID SEKALIAN. 

CIKGU, JIKA NERVOUS, AKAN BACA DOA INI BERULANG-ULANG. PENGALAMAN CIKGU LA YANG SELALU NAIK KE PENTAS NI, MEMNG AKAN BACA DOA INI UNTUK MENGHILANGKAN GEMURUH ATAU CEMAS APABILA BERADA DI PENTAS DAN INGIN BERUCAP. PERCAYALAH, MEMNG SUNGGUH MELEGAKAN. MACAM TAK NAK BERHENTI PULA BILA DAH DAPAT MICROFON. 

#JANGAN LUPA HAYATI MAKNANYA SEKALI.

# DOA INI, NABI MUSA BACA KETIKA HENDAK MENGHADAP SI FIRAUN LAKNATULLAH UNTUK BERHUJAH DI HADAPANNYA YANG MANA KETIKA ITU, KERAJAAN FIRAUN SANGATLAH GAH, BESAR DAN MENAKUTKAN. 

TIP-TIP AKHIR MENJELANG PEPERIKSAAN

 

DI AKHIR-AKHR MENJELANG PEPERIKSAAN SPM NI, CIKGU AMAT TAK GALAKKAN MURID UNTUK BARU NAK CUBA FOKUS DAN NAK CUBA STUDY HARD. PADA MASA INI, MURID KENA FOKUS STUDY SECARA SMART. GUNA MASA YANG ADA DENGAN PENUH HEMAH, BANYAKKAN BUAT REVIEW, BUAT AKRONIM MUDAH UNTUK INGAT PERKARA YANG SUKAR DIINGATI DAN BANYAK BUAT LATIHAN SOALAN TAHUN2 LEPAS. UNTUK SOALAN MATHS, ULANG BUAT JALAN KIRA SAMPAI DAPAT. 💗💗💗💗

JIKA STRESS, REHAT SEKEJAP DAN BUATLAH SESUATU UNTUK LEBIH SANTAI, NAMUN JANGAN TERJEBAK DENGAN PERMAINAN VIDEO YANG MELEKAKAN. 


DI SAMPING ITU, AKHIR-AKHIR MENJELANG PEPERIKSAAN JUGA, JAGALAH HATI ORANG TUA MU. JANGAN BUAT HAL-HAL YANG MELUKAKAN HATI MEREKA OKAY? BEGITU JUGA DENGAN GURU-GURU. TERUS BERIKAN KOMITMEN JIKA ADA KELAS-KELAS TAMBAHAN YANG DIBUAT. JANGAN BUAT CIKGU MU BERBULU HATI MENGENANGKAN SIKAP KAMU YANG TIDAK BERSUNGGUH. DENGAN RAKAN-RAKAN PUN JANGAN NAK CARI PASAL. ELAKKAN PERMUSUHAN YANG MENGUNDANG RASA TIDAK SERONOK UNTUK BELAJAR ATAU DATANG SEKOLAH. APATAH LAGI YANG BERCINTA DAN MENGALAMI EPISOD PUTUS CINTA DI SAAT SAAT TENGAH NAK EXAM ATAU TENGAH EXAM SPM NANTI. JANGAN LUPA JAGA MAKAN, JAGA JUGA UBAT BAGI YANG HIDUP DENGAN UBATAN, DAN JAGALAH MAKANAN ROHANI SEKALI SEPERTI SOLAT 5 WAKTU, BACA QURAN DAN BERZIKIR. JIKA ADA DUIT, RAJIN-RAJIN SEDEKAH KEPADA SESIAPA. 

CIRI -CIRI PELAJAR CEMERLANG SMK KERDAU



Seorang pelajar yang cemerlang, padanya terdapat banyak ciri-ciri kebaikan. Ciri - ciri tersebut banyak membantu para pelajar ini untuk berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah...

Berikut merupakan ciri yang harus dimiliki oleh seorang pelajar yang ingin menjadi seorang cemerlang di dunia seterusnya cemerlang di akhirat.
  1. Taat kepada Allah.
  2. Taat kepada kedua ibu bapa.
  3. Taat dan hormat kepada guru.
  4. Sentiasa bermotivasi, bersemangat.
  5. Tekun dan rajin berusaha.
  6. Tidak mudah putus asa.
  7. Pandai memilih rakan.
  8. Sentiasa bersangka baik dan befikiran negatif.
  9. Tidak bersikap dan berfikiran negatif.
  10. Rajin bertanya.
  11. Ada strategi yang baik.
  12. Beriadah.
  13. Menjaga pemakanan.
  14. Berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Sukar sikit belajar dalam keadaan pandemik ini, namun hidup harus diteruskan, pembelajaran tetap harus diikuti. 


Selasa, 16 Februari 2021

SALAM MOTIVASI



 

KAEDAH PEMBACAAN VERSI SQ3R


ASSALAMUALAIKUM. NOTA INI SAYA RUJUK KEPADA SUMBER YANG TERTERA. ADA PADA GAMBAR. SAYA POSTERKAN IA SUPAYA MURID-MURID DAPAT MEMBACANYA DENGAN LEBIH MUDAH DAN MENYIMPANNYA. NAMUN, GURU-GURU KAUNSELING JUGA BOLEH MENGGUNAKANNYA. 😍









Ini salah satu daripada kaedah pembacaan. Jika diamalkan kamu boleh menguasai subjek pembacaan dan fakta dengan hebat dalam pelajaran. Dalam masa yang sama boleh relaks dan bersantai.

Kaedah nya :

1. Tinjau 1 - baca kulit ke kulit, muka depan sampai muka belakang, baca keseluruhan isi kandungan, sub topik, sinopsis.

2. Tinjau 2 - baca secara subtopik, tengok apa sub2 topik dalam setiap topik.

3. Soalan - buat soalan daripada setiap topik atau kemungkinan soalan yang di tanya daripada topik. Contohnya, pra sejarah. Apa itu pra sejarah? Berapa tahap dalam pra sejarah? Guna item2 soalan seperti apa? Bila? Kenapa? Bagaimana? Di mana? Siapa?

4. Baca - baca dengan kritis dan mendalam dan jawab balik persoalan yang ditimbulkan tadi. Contohnya.... Ooooh pra sejarah ni adalah... Zaman pra sejarah terbahagi kepada 4. Contoh yg cikgu bagi.

5. Recall @ recite ni adalah cuba ingat kembali. Kat sini aspek penting untuk ingat. Ia lebih mendalam drpd baca tadi. Banyak masa perlu dihabiskan untuk ingat fakta, Jalan cerita, gambarajah. Buat kad nota, nota kecil, catatan, peta minda, info grafik, nota poket berdasarkan apa yang anda baca. Jika boleh, pada masa ini jangan lihat buku. Boleh juga cuba senaraikan isi kandungan drpd sub2 topik. Ini akan mengukuhkan ingatan anda secara langsung.. 

6.review - Imbas kembali apa yang di ingat, dibaca dan dinotakan tadi. Pada masa ini, murid boleh semak kembali dalam buku teks untuk di semak apa yang di recall tadi. Adakah menjawab persoalan, betul atau tidak, salah atau kurang tepat. Apabila murid betulkan, ia akan menambah fakta murid mengingat, menguasai topik2 dan faham subtopik.


#jika murid benar fokus di dalam kelas dan fokus pada pembacaan, murid akan mempunyai daya fokus, daya ingatan yang sangat tinggi. In shaa Allah.


Cikgu Al - UBK SMK KERDAU 💪🏽💪🏽💪🏽

PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) KHAS TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2020

 

PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) KHAS TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2020.


KEPADA MURID-MURID YANG HADIR KE PKSK, CIKGU UCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA DALAM TEMUDUGA. 

Sila semak segala arahan dan keperluan di url atau website yang diberikan.


Ini pula pesanan ringkas cikgu kepada para pelajar yang terlibat dengan PKSK. 
Semoga bermanfaat!


PRS : KITAKAN SAHABAT

NOTA CANTIK UNTUK MURID-MURID PRS SIMPAN DAN FAHAM TUGAS