Isnin, 12 April 2021

TAKLIMAT ORIENTASI TINGKATAN 1 SMK KERDAU 2021


Selesai menyambut dan alukan kedatangan pelajar ke sekolah, terus bergegas ke kantin pula untuk memberi sedikit taklimat mengenai program orientasi ringkas bagi murid Tingkatan 1. Seterusnya guru kelas mengambil alih murid untuk pengurusan kelas. Jam 8.40, sekali lagi saya bersama-sama dengan murid untuk memberikan sedikit taklimat mengenai persekolahan bersama Norma baharu serta memberikan taklimat ringkas mengenai lokasi-lokasi penting di sekolah. Saya juga membuat sedikit tayangan video korporat sekolah serta taklimat perkembangan remaja yang ringkas dan membuat outreach perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada murid tingkatan 1. Dalam sejam terpaksa rushing banyak perkara. Harapnya, para murid akan dapat terima dan dapat mengaplikasikannya.

Sesi Orientasi tetap dilaksanakan juga walapun telah dilaksanakan secara online pada awal tahun dulu. Namun, saya faham, tidak semua murid dapat mengikutinta memandangkan bukan semua murid berkemampuan dari sudut material seperti mempunyai telefon pintar atau mempunyai capaian internet yang sesuai. Kebanyakan murid SMK Kerdau merupakan anak-anak dari kalangan keluarga yang miskin dan B40. Jadinya, dalam masa 1 hari sahaja, taklimat cuba disampaikan untuk menyatakan perkara-perkara penting persekolahan memandangkan murid-murid Tingkatan 1 sudah lama tidak bersekolah dan belum pernah pula belajar di sekolah menengah. Jika tidak dilaksanakan, murid akan mengalami banyak kesukaran, begitu juga dengan pihak guru. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PROGRAM ANAK YATIM PERMATA HATI (PERHATI) 2022

Sebelum hari raya baru-baru ini, sempat bertemu mata dengan sebahagian anak-anak yatim Permata Hati (PERHATI). Sambil bercerita tentang prog...