Sedang sibuk menelaah pelajaran, tiba-tiba hati teringat si dia. Baru sahaja hendak membaca, sudah mula terbayang-bayang wajah si dia. Sudahnya bila masa pula apa yang dibuat, dituis, dikarang atau dibaca dapat dihayati. Murid tidak akan fokus kepada pelajaran, jika hati sudah mula terpaut pada si dia yang belum halal dimiliki. itu belum lagi diambil kira jika sehari tidak berjumpa atau tidak nampak bayang wajah kekasih hati. Hati mula gundah gelana dan tidak dapat fokus dalam pelajaran. Sementelahan pula, jika murid yang bercouple tiba-tiba sahaja nampak kelibat si dia itu sedang mesra dengan orang lain. Apakah perasaan murid itu? Agak-agak boleh fokus lagi ke pada apa yang akan disampaikan oleh guru atau fokus pada study?
#syarat murid untuk 'mendapat' apa yang dipelajari adalah dengan memberikan sepenuh tumpuan atau perhatian kepada apa yang dipelajari.
#couple itu haram. Jangan minta dalil daripada penulis kerana penulis ada ilmu yang sedikit sahaja. Sila buat rujukan kepada yang pakar.
#couple boleh merosakkan ketaqwaan kepada Allah dengan membuat hati kita semakin lalai dari mengingati Allah.
#belum tentu jodoh dengan pasangan semasa sekolah. Silap haribulan penat menjaga jodoh orang lain. Penat meluangkan masa,menghabiskan wang ringgit dengan seseorang yang ditakdirkan bukan milik kita.
#jika hendak berjodoh beria sekali pun, fokus dahulu pada pelajaran, dan minta izin menikah daripada ibu bapa selepas tamat pelajaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan