Isnin, 12 April 2021

Program Amalan Guru Penyayang - Program Sambutan Bulan Kelahiran JAN, FEB DAN MAC


Sebak je rasa bila tengok gambar2 ni. Tauke Penyelarasnya (Kaunselor) tak ada. Syukur ada guru yang membantu. Thanks to Puan Norizah kerana membantu mengagih, memantau perjalanan Program Sambutan Hari Lahir bagi bulan Januari, Februari dan Mac. Terima kasih juga kepada semua guru dan staf di atas kerjasama. Program ini merupakan program yang terkandung dalam Program Sekolah Penyayang. Semoga suasana yang seronok dan menggembirakan dapat diwujudkan di SMK KERDAU. Diharapkan juga para murid akan seronok belajar, seronok hadir ke sekolah seterusnya dapat mengelakkan isu ponteng sekolah khususnya. Terima kasih juga Cikgu Intan, cikgu dari SK Lipat Kajang kerana selalu sudi menerima tempahan kek daripada pihak sekolah.Sedaya upaya, SOP telah dipatuhi. cumanya, mereka membuka pelitup muka kerana untuk bergambar. 

Guru-guru yang sambut bulan Lahir Jan, Feb dan Mac

Kek untuk guru.

Cupcake untuk murid yang terlibat.

Sesi pengagihan oleh Mantan PRS SMK Kerdau.

Antara murid yang menerima Cupcake.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Positif Self-Talk: Menguatkan Mental dan Emosi

Positif self-talk atau percakapan dalaman yang positif adalah proses berkomunikasi dengan diri sendiri secara konstruktif dan memberi dorong...