Khamis, 19 Mei 2022

PROGRAM ANAK YATIM PERMATA HATI (PERHATI) 2022

Sebelum hari raya baru-baru ini, sempat bertemu mata dengan sebahagian anak-anak yatim Permata Hati (PERHATI). Sambil bercerita tentang program PERHATI, saya beri mereka sedikit duit raya daripada mana-mana sumber yang ada. Saya sebenarnya tidak lagi berkhidmat untuk program ini, namun kerana mereka dalam jagaan saya juga sebelumnya, maka cuba juga berjumpa mereka dan berkongsi sedikit rezeki yang ada. 

















WELCOME NEW GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING TO OUR SCHOOL

KEMASUKAN JANUARI 2022


SELAMAT BERKHIDMAT DENGAN JAYANYA.


 

SELAMAT HARI GURU SESI PERSEKOLAHAN 2022

 Assalamualaikum wbt. 

Salam sejahtera kepada pembaca budiman sekalian. 

SAMBUTAN HARI GURU baru sahaja berlangsung sesuai dengan pembukaan sekolah pada tahun ini. Saya selaku pena penulis bagi Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan setinggi-tinggi keyukuran kerana sesi persekolahan telah dibuka semula. 

Alhamdulillah.

2 tahun menjalankan amanah dengan pelbagai gaya dan rupa memandangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memaksa semua orang berada di rumah, sekali gus menjadikan tugas-tugas, kerja-kerja seorang penjawat awam khususnya guru harus dilaksanakan di rumah. 

Bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan normal baru. Namun, itulah yang harus di tempuh. Alhamdulillah, dalam keterasingan menjalankan tugas sebagai seorang guru, ada juga yang tidak lupa kepada gurunya yang satu ini. Ada sahaja hadiah yang muncul di meja Kaunselor dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. 











PROGRAM ANAK YATIM PERMATA HATI (PERHATI) 2022

Sebelum hari raya baru-baru ini, sempat bertemu mata dengan sebahagian anak-anak yatim Permata Hati (PERHATI). Sambil bercerita tentang prog...