Isnin, 12 April 2021

TAKLIMAT ORIENTASI TINGKATAN 1 SMK KERDAU 2021


Selesai menyambut dan alukan kedatangan pelajar ke sekolah, terus bergegas ke kantin pula untuk memberi sedikit taklimat mengenai program orientasi ringkas bagi murid Tingkatan 1. Seterusnya guru kelas mengambil alih murid untuk pengurusan kelas. Jam 8.40, sekali lagi saya bersama-sama dengan murid untuk memberikan sedikit taklimat mengenai persekolahan bersama Norma baharu serta memberikan taklimat ringkas mengenai lokasi-lokasi penting di sekolah. Saya juga membuat sedikit tayangan video korporat sekolah serta taklimat perkembangan remaja yang ringkas dan membuat outreach perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada murid tingkatan 1. Dalam sejam terpaksa rushing banyak perkara. Harapnya, para murid akan dapat terima dan dapat mengaplikasikannya.

Sesi Orientasi tetap dilaksanakan juga walapun telah dilaksanakan secara online pada awal tahun dulu. Namun, saya faham, tidak semua murid dapat mengikutinta memandangkan bukan semua murid berkemampuan dari sudut material seperti mempunyai telefon pintar atau mempunyai capaian internet yang sesuai. Kebanyakan murid SMK Kerdau merupakan anak-anak dari kalangan keluarga yang miskin dan B40. Jadinya, dalam masa 1 hari sahaja, taklimat cuba disampaikan untuk menyatakan perkara-perkara penting persekolahan memandangkan murid-murid Tingkatan 1 sudah lama tidak bersekolah dan belum pernah pula belajar di sekolah menengah. Jika tidak dilaksanakan, murid akan mengalami banyak kesukaran, begitu juga dengan pihak guru. 

Program Amalan Guru Penyayang - Program Sambutan Bulan Kelahiran JAN, FEB DAN MAC


Sebak je rasa bila tengok gambar2 ni. Tauke Penyelarasnya (Kaunselor) tak ada. Syukur ada guru yang membantu. Thanks to Puan Norizah kerana membantu mengagih, memantau perjalanan Program Sambutan Hari Lahir bagi bulan Januari, Februari dan Mac. Terima kasih juga kepada semua guru dan staf di atas kerjasama. Program ini merupakan program yang terkandung dalam Program Sekolah Penyayang. Semoga suasana yang seronok dan menggembirakan dapat diwujudkan di SMK KERDAU. Diharapkan juga para murid akan seronok belajar, seronok hadir ke sekolah seterusnya dapat mengelakkan isu ponteng sekolah khususnya. Terima kasih juga Cikgu Intan, cikgu dari SK Lipat Kajang kerana selalu sudi menerima tempahan kek daripada pihak sekolah.Sedaya upaya, SOP telah dipatuhi. cumanya, mereka membuka pelitup muka kerana untuk bergambar. 

Guru-guru yang sambut bulan Lahir Jan, Feb dan Mac

Kek untuk guru.

Cupcake untuk murid yang terlibat.

Sesi pengagihan oleh Mantan PRS SMK Kerdau.

Antara murid yang menerima Cupcake.

Program Sekolah Penyayang SMK Kerdau 2021 - Mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah!

 


Berpagi-pagian meredah hujan sekitar jam 6.30 pagi untuk sampai ke sekolah awal. Namun hujan turun sejak dari saya bertolak dari rumah lagi. Hujan pun sudah semalaman turun sebenarnya. Dalam hati optimis, sangka tidak hujan di sekolah, tapi sesampainya di sekolah hujan membasahi bumi dengan Rahmat dari Ilahi,🥰. Tak apa hidup mesti diteruskan, Alhamdulillah hari ini tak panas.  Sesampainya di sekolah, berkejar untuk thumbprint dan turun semula ke sekolah untuk mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah. Program sekolah penyayang versi norma baharu diteruskan dengan serba seadanya. Hujan, sis demam keesokan harinya. 

        

Positif Self-Talk: Menguatkan Mental dan Emosi

Positif self-talk atau percakapan dalaman yang positif adalah proses berkomunikasi dengan diri sendiri secara konstruktif dan memberi dorong...