Selasa, 23 Februari 2021

PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG : HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

 


Hari pertama persekolahan tahun 2021 bertarikh 20 JANUARI 2021. Para murid dihadiahkan dengan sebatang pen setiap seorang sebagai tanda penghargaan. 


Beberapa Pegawai daripada PPD dan JPN turut bersama-sama memantau pergerakan dan kehadiran murid ke sekolah. 


Afiq Rusyaidi, seorang pengawas yang sangat berdedikasi, baru tiba di sekolah dengan berpakaian kemas dan berpelitup muka. Tahniah kerana hadir dengan penuh semangat!


Bagi memastikan perjalanan kehadiran murid berjalan lancar setiap hari, guru-guru ditugaskan dengan bilangan yang cukup ramai untuk mengalu-alukan kehadiran murid, mengawal pergerakan murid, mengambil suhu dan juga menyemak kehadiran murid. 


Tahniah ! Para guru yang berdedikasi, guru-guru SMK Kerdau. 

Isnin, 22 Februari 2021

HIDUP INI SENTIASA PERJUANGAN...

HASIL KARYA DI ATAS MERUPAKAN NUKILAN CIKGU UNTUK PARA MURID. RENUNG-RENUNGKAN BERSAMA KE MANA HALATUJU ANAK-ANAK SPM INI YA. JIKA MALAS BERUSAHA UNTUK SPM, 

NAH FIKIRKAN! 

APA YANG KAMU INGIN LAKUKAN UNTUK HIDUPMU YANG SEMENTARA CUMA INI? 

ADA BACK-UP DI MANA-MANA KAH? 

SUDAH ADA BISNES BESARKAH? SUDAH MENCAPAI CITA-CITA KAH?

TIDAK BUKAN?

JUSTERU, KAMU HARUS FOKUS PADA SEDIKIT KEPAYAHAN UNTUK MENGENGGAM SEKEPING SIJIL SPM BUAT BEKALAN HIDUP DI DUNIA INI. 

MANALAH TAHU...DENGAN SPM INI, KAMU BISA BERJAYA DALAM HIDUP INI DALAM PELBAGAI BIDANG ATAU LAPANGAN YANG KAMU CEBURI. 

APA PUN, PADA CIKGU, BUATLAH SESUATU DEMI ILAHI. HIDUP KERANA ILHAI, CINTA ILAHI, MENUNTUT ILMU UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT DEMI ILAHI. JIKA SEMUA SUDAH KERANA ILAHI...MAKANYA, CULAS APA KAMU???
 

DEMI MASA! SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN!



ALLAH PENCIPTA YANG AGUNG! ALLAH PENCIPTA MASA! ALLAH MENCIPTA MASA UNTUK KITA TIDAK MENGULANG KEMBALI. ALLAH MAHU KITA HARGAI MASA. ALLAH MAHU KITA MANFAATKAN MASA YANG DIBERI.

DALAM SEHARI, KITA DIANUGERAHKAN 24 JAM. 1 JAM BERSAMA DENGAN 60 MINIT. 1 MINIT BERSAMAAN DENGAN 60 SAAT. SEANDAINYA SETIAP DETIK DIHABISKAN DENGAN HAL-HAL YANG TIDAK BERFAEDAH, HARUS BAGAIMANAKAH KITA BERHADAPAN DENGAN SANG PENCIPTA YANG AGUNG? 

MASA TAK DAPAT DIUNDURKAN KEMBALI. MASA TAK DAPAT DIBERI WALAU SESAAT TELAH BERLALU. BEGITU JUGA DENGAN KEMATIAN YANG MENGHAMPIRI KITA SEMUA. ALLAHU... 

MESKIPUN PEPATAH MENYATAKAN MASA ITU EMAS, NAMUN EMAS JUGA TIDAK MAMPU UNTUK MEMBELI MASA YANG TELAH BERLAKU. JADI, YANG BERLAKU, LEPASKAN LAH, PERBAIKILAH APA YANG KURANG DI MASA LALU DAN MAAFKANLAH ANDAI TERLUKA. NAMUN, MASA YANG MENDATANG YANG BELUM DIKETAHUI, BIARLAH ALLAH YANG MENENTUKANNYA. KITA? HARGAI MASA KINI YANG SEDANG KITA HADAPI SAAT INI, BERUSAHA SEBAIK MUNGKIN MEMPERBAIKI DIRI, AMALAN, BEKERJA, BERIBADAT DAN SEBAGAINYA. PASTIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI HARI SEMALAM. 


DARI : CIKGU AL TERSAYANG BUAT SEMUA MURID TERCINTA. 

 

SELAMAT MENDUDUKI SPM ANAK2 SMK KERDAU KOHORT 2020

 


BACAAN DOA OLEH GPK KOKURIKULUM. SEBELUMNYA ADALAH TAKLIMAT OLEH TUAN PENGETUA DAN KETUA BIDANG BAHASA, TN. HJ. ROHAIZAD. 


AFFAN HAKIM, MELAUNGKAN AZAN SEBELUM MELANGKAH MASUK KE DALAM DEWAN. SAYU PULA RASA HATI APABILA MENDENGAR LAUNGAN AZAN. SEOLAH -OLAH RASANYA INGIN PERGI BERPERANG. YA! KAMU AKAN BERJUANG MENCURAHKAN HASIL KERINGATMU KE ATAS KERTAS PEPERIKSAAN SPM, NAK!


PARA MURID MENGAMINKAN DOA YANG DIBACA OLEH GURU. SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN SEMUANYA. 


SIAP SEDIA MELANGKAH, MENGGEMPUR!


Ahad, 21 Februari 2021

ANTARA COUPLE DAN PELAJARAN

 


Sedang sibuk menelaah pelajaran, tiba-tiba hati teringat si dia. Baru sahaja hendak membaca, sudah mula terbayang-bayang wajah si dia. Sudahnya bila masa pula apa yang dibuat, dituis, dikarang atau dibaca dapat dihayati. Murid tidak akan fokus kepada pelajaran, jika hati sudah mula terpaut pada si dia yang belum halal dimiliki. itu belum lagi diambil kira jika sehari tidak berjumpa atau tidak nampak bayang wajah kekasih hati. Hati mula gundah gelana dan tidak dapat fokus dalam pelajaran. Sementelahan pula,  jika murid yang bercouple tiba-tiba sahaja nampak kelibat si dia itu sedang mesra dengan orang lain. Apakah perasaan murid itu? Agak-agak boleh fokus lagi ke pada apa yang akan disampaikan oleh guru atau fokus pada study

#syarat murid untuk 'mendapat' apa yang dipelajari adalah dengan memberikan sepenuh tumpuan atau perhatian kepada apa yang dipelajari. 
#couple itu haram. Jangan minta dalil daripada penulis kerana penulis ada ilmu yang sedikit sahaja. Sila buat rujukan kepada yang pakar.
#couple boleh merosakkan ketaqwaan kepada Allah dengan membuat hati kita semakin lalai dari mengingati Allah.
#belum tentu jodoh dengan pasangan semasa sekolah. Silap haribulan penat menjaga jodoh orang lain. Penat meluangkan masa,menghabiskan wang ringgit dengan seseorang yang ditakdirkan bukan milik kita.
#jika hendak berjodoh beria sekali pun, fokus dahulu pada pelajaran, dan minta izin menikah daripada ibu bapa selepas tamat pelajaran. 
 


Khamis, 18 Februari 2021

DOA AGAR DILAPANGKAN DADA DAN DIMUDAHKAN URUSAN MENJELANG SPM

 


HAAA.....NERVOUS KE TU???? JIKA BEGITU,MOLEKLAH BACA DOA YANG DIAMBIL DARIPADA AL-QURAN NI. CIKGU TUMPANG POST DOA YANG DAH DIBUAT LAWA2 NI, CIKGU EDIT SIKIT, TOUCH UP SIKIT LAGI TAMBAH LAWA UNTUK MURID-MURID SEKALIAN. 

CIKGU, JIKA NERVOUS, AKAN BACA DOA INI BERULANG-ULANG. PENGALAMAN CIKGU LA YANG SELALU NAIK KE PENTAS NI, MEMNG AKAN BACA DOA INI UNTUK MENGHILANGKAN GEMURUH ATAU CEMAS APABILA BERADA DI PENTAS DAN INGIN BERUCAP. PERCAYALAH, MEMNG SUNGGUH MELEGAKAN. MACAM TAK NAK BERHENTI PULA BILA DAH DAPAT MICROFON. 

#JANGAN LUPA HAYATI MAKNANYA SEKALI.

# DOA INI, NABI MUSA BACA KETIKA HENDAK MENGHADAP SI FIRAUN LAKNATULLAH UNTUK BERHUJAH DI HADAPANNYA YANG MANA KETIKA ITU, KERAJAAN FIRAUN SANGATLAH GAH, BESAR DAN MENAKUTKAN. 

TIP-TIP AKHIR MENJELANG PEPERIKSAAN

 

DI AKHIR-AKHR MENJELANG PEPERIKSAAN SPM NI, CIKGU AMAT TAK GALAKKAN MURID UNTUK BARU NAK CUBA FOKUS DAN NAK CUBA STUDY HARD. PADA MASA INI, MURID KENA FOKUS STUDY SECARA SMART. GUNA MASA YANG ADA DENGAN PENUH HEMAH, BANYAKKAN BUAT REVIEW, BUAT AKRONIM MUDAH UNTUK INGAT PERKARA YANG SUKAR DIINGATI DAN BANYAK BUAT LATIHAN SOALAN TAHUN2 LEPAS. UNTUK SOALAN MATHS, ULANG BUAT JALAN KIRA SAMPAI DAPAT. 💗💗💗💗

JIKA STRESS, REHAT SEKEJAP DAN BUATLAH SESUATU UNTUK LEBIH SANTAI, NAMUN JANGAN TERJEBAK DENGAN PERMAINAN VIDEO YANG MELEKAKAN. 


DI SAMPING ITU, AKHIR-AKHIR MENJELANG PEPERIKSAAN JUGA, JAGALAH HATI ORANG TUA MU. JANGAN BUAT HAL-HAL YANG MELUKAKAN HATI MEREKA OKAY? BEGITU JUGA DENGAN GURU-GURU. TERUS BERIKAN KOMITMEN JIKA ADA KELAS-KELAS TAMBAHAN YANG DIBUAT. JANGAN BUAT CIKGU MU BERBULU HATI MENGENANGKAN SIKAP KAMU YANG TIDAK BERSUNGGUH. DENGAN RAKAN-RAKAN PUN JANGAN NAK CARI PASAL. ELAKKAN PERMUSUHAN YANG MENGUNDANG RASA TIDAK SERONOK UNTUK BELAJAR ATAU DATANG SEKOLAH. APATAH LAGI YANG BERCINTA DAN MENGALAMI EPISOD PUTUS CINTA DI SAAT SAAT TENGAH NAK EXAM ATAU TENGAH EXAM SPM NANTI. JANGAN LUPA JAGA MAKAN, JAGA JUGA UBAT BAGI YANG HIDUP DENGAN UBATAN, DAN JAGALAH MAKANAN ROHANI SEKALI SEPERTI SOLAT 5 WAKTU, BACA QURAN DAN BERZIKIR. JIKA ADA DUIT, RAJIN-RAJIN SEDEKAH KEPADA SESIAPA. 

CIRI -CIRI PELAJAR CEMERLANG SMK KERDAU


Seorang pelajar yang cemerlang, padanya terdapat banyak ciri-ciri kebaikan. Ciri - ciri tersebut banyak membantu para pelajar ini untuk berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah...

Berikut merupakan ciri yang harus dimiliki oleh seorang pelajar yang ingin menjadi seorang cemerlang di dunia seterusnya cemerlang di akhirat.
  1. Taat kepada Allah.
  2. Taat kepada kedua ibu bapa.
  3. Taat dan hormat kepada guru.
  4. Sentiasa bermotivasi, bersemangat.
  5. Tekun dan rajin berusaha.
  6. Tidak mudah putus asa.
  7. Pandai memilih rakan.
  8. Sentiasa bersangka baik dan befikiran negatif.
  9. Tidak bersikap dan berfikiran negatif.
  10. Rajin bertanya.
  11. Ada strategi yang baik.
  12. Beriadah.
  13. Menjaga pemakanan.
  14. Berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Sukar sikit belajar dalam keadaan pandemik ini, namun hidup harus diteruskan, pembelajaran tetap harus diikuti. 

CIKGU AL- UBK SMK KERDAU

PERKEMBANGAN REMAJA



SIAPAKAH REMAJA?

INDIVIDU YANG BERUSIA DARIPADA  12 HINGGA 20 TAHUN YANG DIBAHAGIKAN KEPADA 3 PERINGKAT- IAITU REMAJA AWAL, REMAJA PERTENGAHAN DAN REMAJA AKHIR. 

ZAMAN PERLAIHAN DARIPADA ZAMAN KANAK-KANAK MENUJU KE ZAMAN DEWASA. 

PERALIHAN DARIPADA ZAMAN PERMAINAN KE ZAMAN KASIH SAYANG. 

DIPANGGIL SEBAGAI ZAMAN STORM AND STRESS - CEPAT MARAH, CEPAT MELENTING, TERPALIT KONFLIK NILAI, MENGAMBIL PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB.

BERLAKU PERUBAHAN EMOSI, MENTAL, FIZIKAL, INTELEK.


GROUP APA YANG MURID PERLU ADA DAN PERLU JOIN UNTUK SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)

                                             

 ASSALAMUALAIKUM. 

Seperti yang kita sedia maklum, semua orang sedang sibuk dengan Pembelajaran di Rumah (PDPR). Telefon akan berdesup masuk dengan macam-macam perkara dan macam-amacam isu. Namun, ada juga murid-murid yang cikgu dapati mereka tidak cakna dan kisah akan kewujudan pembelajaran. Cikgu juga tidak pasti apa yang dilakukan olehnya di rumah jika tidak terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran bersama dengan guru. untuk murid-murid, cikgu mohon untuk murid-murid alert dengan beberapa perkara ini supaya murid tidak terkejut atau cepat-cepat untuk left apabila di add masuk. ibu bapa juga begitu terutamanya apabila ibu bapa berkongsi telefon dengan anak-anak di rumah. 

1. Group kelas. - group ini selalunya di create oleh guru kelas masing-masing, namun guru-guru subjek juga akan turut menyertai untuk mengajar dan memberikan kerja rumah seperti kelas 1 Arif, 1 Bestari. 

2. Group pembelajaran khusus - selalunya jika terdapat kelas yang slash atau guru-guru dengan inisiatif mereka cuba untuk mempunyai group pembelajaran tersendiri. Contohnya, kelas fardhu ain, kelas pendidikan moral dan sebagainya. 

3. Group bersama kaunselor - group ini merupakan group besar yang mempunyai murid sekurang-kurangnya 50-hingga 120 orang. Group ini digunakan untuk program-program psikopendidikan atau psikososial yang dijalankan oleh kaunselor. Kaunselor juga akan memuat naik poster-poster yang dibina untuk kamu supaya mesej yang hendak disampaikan menjadi lebih mudah. kaunselor juga akan selalu mempromosikan perkhidmatan kaunseling secara online. 

4. Group kokurikulum terbahagi kepada 3, iaitu unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. murid kena menyertai ketiga-tiga kokurikulum tersebut demi untuk kesimbangan perkembangan anda selaku murid sekolah. unit beruniform sekolah terdiri daripada Puteri Islam, Kadet Polis, Kadet Pertahanan Awam, Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri, Renjer Puteri dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Manakala, untuk Kelab dan Persatuan adalah seperti Kelb Rukun Negara dan Kerjaya, Kelab Kitar Semula, Kelab Malaysiaku, Kelab Kelab Komputer serta Persatuan Bahasa Melayu dan Inggeris dan Persatuan Agama Islam. Seterusnya, sukan permainan terdiri daripada badminton, bola jaring, bola sepak, bola baling, petanque, softball dan sepak takraw. 

5.  Group study - yang ini tak wajib, tapi cikgu cadangkan awak ada supaya dapat buat perbincangan mengenai pelajaran dalam kelompok-kelompok kecil sesama awak. boleh join kawan-kawan yang rapat untuk sama-sama belajar. tak perlu ada cikgu, cukup awak manfaatkan bersama rakan-rakan awak sahaja. 

Hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih. 
#sila duduk dan jangan lari.

Sekian.

TALIAN PSIKOSOSIAL SEMASA WABAK PANDEMIK COVID-19

Assalamualaikum. di sini penulis ingin kongsikan 2 poster berkenaan talian psikososial semasa Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP akibat Wabak Pandemik COVID-19. Murid-murid yang bermasalah emosi atau ada apa-apa sahaja yang ingin dikongsikan dengan kaunselor, silakan hubungi kaunselor anda. jangan biar masalah berlarutan sehingga memakan diri atau sehingga masalah menjerut diri. Jauhi tekanan perasaan yang boleh mengakibatkan kepada gangguan mental. Apa yang mebimbangkan cikgu adalah semakin hari semakin ramai yang mengalami kemurungan atau stress kerana PKP atau impak daripada pandemik ini. Apa pun, kaunselor doakan agar semua murid berada dalam keadaan sihat sejahtera mentalnya. 

Poster 1

Meskipun jarak memisahkan kita, namun perkhidmatan kaunseling tetap dibuka seperti biasa. murid boleh menghubungi cikgu pada bila-bila masa jika sekiranya terdesak (walk in), manakala, boleh juga untuk murid atau di sini dipanggil klien untuk pm tepi cikgu melalu mana-mana mediasosial yang familiar seperti mesej, whatsapp, telegram chat, fb mesengger dengan mengambil temujanji masa yang dipersetujui supaya tak berlaku kelam kabut. 


Poster 2




ABOUT DEPRESSION / KEMURUNGAN


VIDEO INI DIBUAT KHAS OLEH KAUNSELOR UNTUK MURID-MURID KHUSUSNYA MURID SMK KERDAU. ANDA BOLEH TONTON DARIPADA BLOG, YOUTUBE ATAU PAGE UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK KERDAU DI FACEBOOK. JIKA ADA KEKURANGAN ITU ADALAH KERANA KELEMAHAN DIRI CIKGU SENDIRI. 

SUMBER RUJUKAN UTAMA : TERBITAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. 

Selasa, 16 Februari 2021

MAJLIS SOLAT HAJAT, MOTIVASI ZOOM LIVE DAN RESTU ILMU BERSAMA SOP



KITA JUMPA NANTI YA SEMUA ANAK!

JAGA SOP!
 

SALAM MOTIVASI



 

KAEDAH PEMBACAAN VERSI SQ3R


ASSALAMUALAIKUM. NOTA INI SAYA RUJUK KEPADA SUMBER YANG TERTERA. ADA PADA GAMBAR. SAYA POSTERKAN IA SUPAYA MURID-MURID DAPAT MEMBACANYA DENGAN LEBIH MUDAH DAN MENYIMPANNYA. NAMUN, GURU-GURU KAUNSELING JUGA BOLEH MENGGUNAKANNYA. 😍









Ini salah satu daripada kaedah pembacaan. Jika diamalkan kamu boleh menguasai subjek pembacaan dan fakta dengan hebat dalam pelajaran. Dalam masa yang sama boleh relaks dan bersantai.

Kaedah nya :

1. Tinjau 1 - baca kulit ke kulit, muka depan sampai muka belakang, baca keseluruhan isi kandungan, sub topik, sinopsis.

2. Tinjau 2 - baca secara subtopik, tengok apa sub2 topik dalam setiap topik.

3. Soalan - buat soalan daripada setiap topik atau kemungkinan soalan yang di tanya daripada topik. Contohnya, pra sejarah. Apa itu pra sejarah? Berapa tahap dalam pra sejarah? Guna item2 soalan seperti apa? Bila? Kenapa? Bagaimana? Di mana? Siapa?

4. Baca - baca dengan kritis dan mendalam dan jawab balik persoalan yang ditimbulkan tadi. Contohnya.... Ooooh pra sejarah ni adalah... Zaman pra sejarah terbahagi kepada 4. Contoh yg cikgu bagi.

5. Recall @ recite ni adalah cuba ingat kembali. Kat sini aspek penting untuk ingat. Ia lebih mendalam drpd baca tadi. Banyak masa perlu dihabiskan untuk ingat fakta, Jalan cerita, gambarajah. Buat kad nota, nota kecil, catatan, peta minda, info grafik, nota poket berdasarkan apa yang anda baca. Jika boleh, pada masa ini jangan lihat buku. Boleh juga cuba senaraikan isi kandungan drpd sub2 topik. Ini akan mengukuhkan ingatan anda secara langsung.. 

6.review - Imbas kembali apa yang di ingat, dibaca dan dinotakan tadi. Pada masa ini, murid boleh semak kembali dalam buku teks untuk di semak apa yang di recall tadi. Adakah menjawab persoalan, betul atau tidak, salah atau kurang tepat. Apabila murid betulkan, ia akan menambah fakta murid mengingat, menguasai topik2 dan faham subtopik.


#jika murid benar fokus di dalam kelas dan fokus pada pembacaan, murid akan mempunyai daya fokus, daya ingatan yang sangat tinggi. In shaa Allah.


Cikgu Al - UBK SMK KERDAU 💪🏽💪🏽💪🏽

COUNTDOWN SPM SETIAP HARI DARI GURU MU

SETIAP HARI DARI GURU MU BERSAMA NASIHAT DAN SEMANGAT UNTUK ANAK MURID TERSAYANG.  

SEMOGA BERMANFAAT!





 

PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) KHAS TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2020

 

PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) KHAS TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2020.


KEPADA MURID-MURID YANG HADIR KE PKSK, CIKGU UCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA DALAM TEMUDUGA. 

Sila semak segala arahan dan keperluan di url atau website yang diberikan.


Ini pula pesanan ringkas cikgu kepada para pelajar yang terlibat dengan PKSK. 
Semoga bermanfaat!


SPM DAN COVID-19.

SPM DAN COVID-19


Beberapa hari sahaja lagi menjelang peperiksaan SPM Kohort 2020. Seperti yang kita sedia maklum, wabak pandemik COVID-19 masih belum berakhir. Ia ada di mana-mana dan sesiapa sahaja boleh menjangkiti dan dijangkiti kerana ia musuh yang kita tidak nampak. beberapa hari juga terlibat laporan di dada akhbar bahawa terdapat murid dan guru sekolah yang dijangkiti virus berkenaan. Justeru, cikgu harap anak-anak murid Cikgu khususnya murid SMK Kerdau, terus berwaspada untuk survival dalam kehidupan yang serba mencabar ini. seperti biasa, jagalah S.O.P., jaga penjarakan fizikal, sentiasa pakai topeng muka apabila keluar rumah atau berhubungan dengan sesiapa sahaja. Cikgu agak bimbang apabila melihat murid-murid agak kurang menjaga S.O.P., apabila berada di sekolah atau di luar sekolah. penawar paling baik untuk menghentikan penyebaran virus ini adalah dengan menjaga S.O.P.

    Cikgu yakin, tiada siapa yang mahu terus terkurung dan terkawal seperti ini. Namun, kita harus akur dengan situasi pandemik ini. Lebi baik bersusah-susah dahulu, kemudian nanti kita sama-sama bersenang-senang nanti. Dan ingatlah juga bahawa nikmat kebebasan yang dikurniakan Allah itu adalah bukti bahawa nikmat kebebasan itu boleh hilang atau diambil sekelip mata sahaja. Indah kan nikmat kebebasan yang diberikan oleh Allah Azzawajalla? Justeru, selalulah bersyukur untuk segala nikmat yang diberi. Tika diberi peluang untuk hadir ke sekolah dan menikmati pembelajaran, maka nikmatilah peluang belajar tersebut dengan bersungguh-sungguhlah dengan menunjukkan komitmen terhadap pembelajaran, menyiapkan tugasan dan kerja kursus yang diberi, dan fokus kepada pengajaran guru. Selalu Bersyukur! Maka, Allah akan tambah nikmat kita!


SALAM PERKENALAN DAN PERMULAAN BLOG BARU


HAI, ASSALAMUALAIKUM. SALAM PERKENALAN. INI BUKAN BLOG PERTAMA SAYA ATAU KALI PERTAMA MENULIS BLOG, AKAN TETAPI BLOG LAMA SAYA MASIH BELUM DAPAT DIBUKA KERANA MASALAH TEKNIKAL. JADI, SAYA WUJUDKAN BLOG BAHARU UNTUK FOKUS KEPADA PERKEMBANGAN KERJAYA MURID SEKOLAH KHUSUSNYA MURID SEKOLAH MENENGAH KERANA PENULIS SENDIRI BEKERJA DI SEKOLAH MENENGAH. 


PROGRAM ANAK YATIM PERMATA HATI (PERHATI) 2022

Sebelum hari raya baru-baru ini, sempat bertemu mata dengan sebahagian anak-anak yatim Permata Hati (PERHATI). Sambil bercerita tentang prog...