Selasa, 16 Februari 2021

SPM DAN COVID-19.

SPM DAN COVID-19


Beberapa hari sahaja lagi menjelang peperiksaan SPM Kohort 2020. Seperti yang kita sedia maklum, wabak pandemik COVID-19 masih belum berakhir. Ia ada di mana-mana dan sesiapa sahaja boleh menjangkiti dan dijangkiti kerana ia musuh yang kita tidak nampak. beberapa hari juga terlibat laporan di dada akhbar bahawa terdapat murid dan guru sekolah yang dijangkiti virus berkenaan. Justeru, cikgu harap anak-anak murid Cikgu khususnya murid SMK Kerdau, terus berwaspada untuk survival dalam kehidupan yang serba mencabar ini. seperti biasa, jagalah S.O.P., jaga penjarakan fizikal, sentiasa pakai topeng muka apabila keluar rumah atau berhubungan dengan sesiapa sahaja. Cikgu agak bimbang apabila melihat murid-murid agak kurang menjaga S.O.P., apabila berada di sekolah atau di luar sekolah. penawar paling baik untuk menghentikan penyebaran virus ini adalah dengan menjaga S.O.P.

    Cikgu yakin, tiada siapa yang mahu terus terkurung dan terkawal seperti ini. Namun, kita harus akur dengan situasi pandemik ini. Lebi baik bersusah-susah dahulu, kemudian nanti kita sama-sama bersenang-senang nanti. Dan ingatlah juga bahawa nikmat kebebasan yang dikurniakan Allah itu adalah bukti bahawa nikmat kebebasan itu boleh hilang atau diambil sekelip mata sahaja. Indah kan nikmat kebebasan yang diberikan oleh Allah Azzawajalla? Justeru, selalulah bersyukur untuk segala nikmat yang diberi. Tika diberi peluang untuk hadir ke sekolah dan menikmati pembelajaran, maka nikmatilah peluang belajar tersebut dengan bersungguh-sungguhlah dengan menunjukkan komitmen terhadap pembelajaran, menyiapkan tugasan dan kerja kursus yang diberi, dan fokus kepada pengajaran guru. Selalu Bersyukur! Maka, Allah akan tambah nikmat kita!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Positif Self-Talk: Menguatkan Mental dan Emosi

Positif self-talk atau percakapan dalaman yang positif adalah proses berkomunikasi dengan diri sendiri secara konstruktif dan memberi dorong...