Ahad, 28 Mac 2021

Calon SPM KOHORT 2020 : Tahniah kerana berjaya menamatkan misi anda di SMK KERDAU!


Tahniah kepada semua Anak2 SPM kerana berjaya menamatkan SPM dengan jayanya. Semoga beroleh kejayaan di atas berkat kesabaran dan ketekunan menelaah. Tahniah juga kerana berjaya mengharungi SPM dalam keadaan pahit maung pandemik COVID-19. Ingatlah bahawa tamatnya SPM, bukanlah bermaksud tamatnya belajar atau menuntut ilmu, tapi itu menandakan kamu akan selangkah ke hadapan dalam memikul tanggungjawab yang lebih berat yakni meneruskan kehidupan sebagai individu dewasa awal, memikul peranan dan tanggungjawab sebagai seorang dewasa. Pada saat itu, Anak2 harus bertanggungjawab untuk menentukan halatuju yang Anak2 inginkan. Jika menginginkan kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang, kekalkan momentum untuk terus menuntut ilmu, menambah kemahiran dan mencari pengalaman dalam kehidupan. Apa pun yang kamu tempuh, itu akan membentuk diri kamu menjadi seseorang yang kamu harapkan atau yang terpaksa kamu terima. Ingatkan pada kata kata bijak pandai bahawa jika kamu melayan kemalasan menuntut ilmu, kamu akan merasakan betapa peritnya kebodohan!


Selamat maju jaya!

#cikgusayangandasemua

#AfterSPM

#whatsnext

#ifyoufailtoplanyouplantofail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PROGRAM ANAK YATIM PERMATA HATI (PERHATI) 2022

Sebelum hari raya baru-baru ini, sempat bertemu mata dengan sebahagian anak-anak yatim Permata Hati (PERHATI). Sambil bercerita tentang prog...