Isnin, 1 Mac 2021

SEUNTAI KATA...


 Assalamualaikum para pembaca yang dirahmati Allah sekalian. 

Saya suatu ketika pada tahun lalu ada menyertai satu webinar mengenai positive self talk. Ianya sangat bagus untuk mempertingkatkan konsep kendiri dan juga harga diri melalui set pemikiran diri sendiri yang positif. 

Dikatakan bawah 80% daripada kehidupan kita adalah berhubung dengan orang lain atau hidup dengan persekitaran yang melibatkan individu lain. Manakala, hanya 20% sahaja digunakan untuk diri sendiri. Dalam kehidupan sehari kita, adakah kita banyak mendapat respon-respon positif yang membina dan menyeronokkan diri kita? Jarangkan? Adakah selalu seorang isteri atau suami dipuji oleh pasangannya? Adakah ibu bapa atau guru selalu atau kerap kali memuji dan memberikan kata-kata positif yang memberangsangkan? Ada, tetapi tidak selalu, tidak banyak dan jarang-jarang. 

Justeru...

Bagaimanakah kita akan membina diri kita dengan kata-kata positif dan optimis. ianya adalah dari dalam diri individu itu sendiri. Individu perlu kerap mengutarakan self talk yang positif supaya selalu kekal positif dan menjauhkan pemikiran negatif dalam diri. Pemikiran negatif akan menyumbang kepada kemusnahan diri seseorang individu seperti menjadi tidak yakin akan diri sendiri. 

Self-talk adalah cara kita berdialog dengan inner voice diri sendiri saat menghadapi berbagai macam situasi. Self-talk yang dapat kita lafalkan baik dalam hati mahu pun dengan suara lantang akan menjadi sebuah cadangan untuk diri. Yang bagusnya, self-talk membantu diri sendiri menjadi lebih sedar dalam berfikir, merasa, dan bertindak. https://pijarpsikologi.org/self-talk-seni-berdialog-dengan-diri-sendiri/ 

Oleh itu, 

Selalulah kita melakukan dialog terhadap diri sendiri apabila di saat bersendirian, atau semasa sedang menghadap cermin atau di saat sedang menghadapi situasi yang memberi tekanan kepada diri. Kekerapan ucapan yang positif akan membantu membina diri menjadi lebih kompeten dan bersemangat menjalani hidup tanpa gangguan pemikiran negatif.

Berikut adalah contoh beberapa ayat yang positif untuk diri sendiri. 

  • Saya yakin saya boleh melakukannya!
  • Ya, saya mungkin telah membuat kesilapan, namun, saya boleh memperbaikinya.
  • Dengan Izin Allah, saya pasti boleh berjaya!
  • Saya suka diri saya!
  • Saya sayang diri saya!
  • Saya suka kerja saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PROGRAM ANAK YATIM PERMATA HATI (PERHATI) 2022

Sebelum hari raya baru-baru ini, sempat bertemu mata dengan sebahagian anak-anak yatim Permata Hati (PERHATI). Sambil bercerita tentang prog...